nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

BN SENGAJA TEMPAH KEKALAHAN DI PARLIMEN BATU SAPI

INILAH contoh kenapa rakyat tidak mempercayai Barisan Nasional atau Umno yang memerintah kerajaan.

Baru semalam, Perdana Menteri, Najib Tun Razak berapi-api bercerita tentang empat tonggak utama kejayaan BN dalam pilihanraya akan datang, termasuk menyebut tonggak keempatnya iaitu mengutamakan pemilihan calon yang diingini dan boleh memenangi pilihanraya.

Namun hari ini Najib sendiri membelakangkan apa yang beliau cakap, apabila memilih Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi!

Inilah yang dikatakan orang, cakap tidak serupa bikin. Ketika rakyat terutama pengundi di Batu Sapi tidak mahukan Linda yang juga isteri mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, namanya dipilih pula.
Macam mana rakyat mahu percayakan kata-kata pemimpin mereka.

Malu...malu...malu. Apakah Najib tidak ada telinga untuk mendengar kehendak pengundi Batu Sapi atau Najib hanya bersandiwara apabila bercakap berdegar-degar di perhimpunan Agung bahawa partinya akan memilih calon pilihanraya hanya di kalangan mereka yang disukai pengundi dan boleh menang!

Nampaknya BN sengaja menempah kubur sendiri di Batu Sapi. hehehehehe....

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10