nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

MBAH MARIDJAN MATI BERSUJUD: SETIA PADA TUGASNYA BAK PANGLIMA PERANG.

KISAH seorang lelaki tua, Mbah Maridjan tersebar ke seluruh dunia sebaik sahaja mayatnya ditemui antara mangsa terkorban dalam tragedi letusan Gunung Merapi, dua hari lalu.

Ketika mayatnya ditemui, allahyarham dalam keadaan sujud, dipercayai sedang menunaikan solat memohon perlindungan Allah dari bencana gunung berapi itu.

Mbah Marijdan hanya nama panggilan. Nama sebenarnya ialah Mas Perewu Suraksoharjo, lahir di Kinahrejo, Umbulharjo, Yogyakarta pada tahun 1927, berusia 83 tahun.

Dia pernah muncul dalam iklan televisyen minuman kesihatan, mempunyai 10 anak, tetapi lima di antaranya telah meninggal dunia. Anak-anaknya yang masih hidup ialah Panut Utomo (50), Sutrisno (45), Lestari (40), Sulastri (35) dan Widodo (30). Kesemua anaknya tinggal di Yogyakarta dan Jakarta.

Pada tahun 1970, Mbah Maridjan dilantik oleh Sultan Hamengku Buwono IX sebagai Dalem, atau pembantu Jurukunci bagi membantu ayahandanya. Apabila ayahnya meninggal dunia pada tahun 1983, Mbah Maridjan dilantik sah sebagai Jurukunci Gunung Merapi, satu jawatan turun temurun sebagai orang perantara di antara Gunung Merapi dan kerajaan.

Dia tinggal di sebuah rumah yang dibina kerajaan, siap dengan kubu untuk melihat Gunung Merapi dan dibina sejak zaman pemerintahan Belanda lagi.

Pada hari sebelum kejadian Gunung Merapi meletus, Mbah Maridjan dipujuk kerajaan agar meninggalkan rumah itu kerana dipercayai berbahaya, tetapi dia enggan atas alasan dia mesti bertanggungjawab menunggu di atas amanah tugas yang diberikannya.

Seorang doktor polis dan wartawan kemudian datang memujuknya untuk berpindah tetapi mereka kemudiannya turut menjadi korban di rumah itu bersama Mbah Maridjan dan beberapa penduduk lain yang tumpang berlindung.

Mbah Maridjan dipercayai sedang bersolat apabila seluruh rumahnya ranap dan dibakar oleh debu panas letusan Gunung Merapi. Tabahnya Mbah Maridjan memikul amanah yang diberikan, menggambarkan jiwanya sebagai seorang panglima perang yang tidak akan berundur sehingga hujung nyawanya!

Kita sedekahkan Alfatihah untuk Mbah Maridjan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10