nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

PERHILITAN RAMPAS CULA HARIMAU, CULA BUAYA

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) menahan seorang lelaki dan merampas beberapa cula buaya, cula harimau dan pelbagai organ dari pelbagai jenis binatang liar lain dalam satu operasi di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang tak faham apa itu cula, eloklah dijelaskan sikit mengenainya. Cula pada makna jelasnya adalah sumbu yang tumbuh sikit pada hujung tanduk binatang seperti badak, tetapi di kalangan penjual ubat ia selalu pula merujuk kepada kemaluan binatang.

Tak kisahlah kalau maknanya berbeza mengikut negeri. Yang penting cula yang dijual itu bertujuan menaikkan syahwat lelaki, memberi kekuatan kepada lelaki dan memantapkan kejantanan. Ia mempunyai permintaan tersendiri di kalangan sesetengah lelaki. Itu sebabnya juga ada penjual ubat sanggup menjualnya walaupun salah.

Peliknya orang  kita terlalu gilakan benda-benda unik sebegitu walaupun sedar tidak pernah diterbitkan dalam jurnal perubatan mengenai keberkesanannya. Ia hanya jurnal yang diterbitkan dari mulut ke mulut.

Semalam, semua itu dirampas bukan kerana ia tidak terbukti berkesan, tetapi kerana menjual organ milik binatang larangan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Entahlah sikap orang lelaki. Pantang dengar cerita benda boleh kuatkan dan lamakan senjata, masuk hutan tebal berdepan harimau ganas pun sanggup. Sedangkan semua kekuatan itu boleh diperolehi secara mudah kalau kita tahu menggilap senjata yang kita ada.

Aduh...aduh..rahsianya mudah. Kalau nak pergi ke Johor dari Alor Setar tanpa henti pun boleh beb. Tak payah cula. Kesian buaya dengan harimau tu kehilangan cula.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10