SATU-satunya pingat emas yang dimenangi Sri Lanka pada Sukan Komanwel di New Delhi baru-baru ini mungkin akan diterbangkan semula ke pejabat Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel, apabila penerimanya disahkan positif dalam ujian dadah.
Jawatankuasa penganjur sukan itu telah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Sri Lanka semalam, selepas mendapati peninju negara itu, Manju Wanniarachchi positif dadah jenis Nandrolone.
Wanniarachchi memenangi emas dalam katogeri Bantamweigh selepas mengalahkan peninju Wales, Sean McGoldrick.
Bagaimanapun, peninju itu diberi peluang untuk merayu dengan memberikan sampel B, tetapi jawatankuasa dikatakan begitu yakin dengan ujian yang telah dilakukan. Ini bermakna, pingat emas mungkin akan diberikan kepada McGoldrick.