nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

FINAL PIALA MALAYSIA: LAWANLAH CARA BERHEMAH

Pertandingan akhir Piala Malaysia kali ini adalah ulangan sejarah perlawanan akhir tahun lalu. Negeri Sembilan lawan Kelantan. Sejarah perlawanan tidak boleh diubah. Cuma fakta dalam sejarah itu yang boleh diubah iaitu tentang keputusannya. Kalau dulu Negeri Sembilan menang, kali ini tidak mustahil Kelantan pula menjadi juara.

Perlawanan kali ini juga seperti tahun lalu ada uniknya. Sebuah pasukan mewakili Barisan Nasional dan sebuah lagi mewakili Pakatan Rakyat!

Tambah uniknya lagi perlawanan kali ini ialah Negeri Sembilan turun siap dengan jurulatihnya, berbanding Kelantan yang bakal kehilangan B Sathianathan.

Walau apa pun, perlawanan seperti juga peperangan ada adab dan etikanya. Di antara sorak sorai dan keinginan untuk melihat pasukan yang disokong menang, semangat kesukanan mesti berada di tengah-tengah. Ia amat penting dan paling utama.

Marilah kita melihat satu pertandingan yang berlangsung penuh aksi, tapi dikawal setiap sisinya dengan penuh berhemah.

Mercun, payung, botol air dan pelbagai senjata seperti pisau, parang, cangkul, gergaji mesin atau jentolak jangan pula dibawa masuk. Ini perlawanan bola sepak, bukannya pertandingan untuk bunuh membunuh.

Selamat berjuang Kelantan. Selamat mempertahankan kejuaraan Negeri Sembilan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10