nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

PENGAWAL DIGIGIT TANGAN KETIKA CUBA TANGKAP PELAJAR MELAKUKAN SEKS DALAM TANDAS TASIK

SEORANG pengawal keselamatan sebuah kilang yang kebetulan melalui tandas di Tasik Shah Alam, petang semalam melalui pengalaman mengejutkan apabila tangannya digigit ketika cuba menahan seorang remaja lelaki yang melakukan hubungan seks di sebuah tandas di Tasik Shah Alam.

Pengawal berkenaan, M Rajoo, 41, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 petang semalam apabila dia ingin memasuki tandas yang tersorok di tasik itu untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, ketika masuk dia terdengar suara lelaki dan perempuan mengerang di dalam bilik yang berkunci. Mengesyaki mereka melakukan maksiat, dia keluar dan menunggu di luar tandas.

Tidak lama kemudian katanya, sepasang remaja belasan tahun keluar dan dia cuba menahan remaja lelaki berkenaan untuk menegur perbuatannya itu. Bagaimanapun, ketika dia cuba memegang tangan remaja itu, tangannya digigit dan kedua-dua remaja berkenaan melarikan diri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10