nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

UMNO DAN BARISAN AKAN DAPAT PELAJARAN BARU DI BATU SAPI DAN GALAS

SATU lagi mata pelajaran baru akan dipelajari oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas mereka mengetahui keputusan sebenar pilihanraya kecil di dua kawasan, DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November depan.

Selain bakal senyap menutup mulut kerana terpaksa mengusung duka, Umno dan BN pasti menyesal tak sudah kerana silap memilih calon bagi kedua-dua kawasan berkenaan. Di Galas misalnya, telah ada protes dalam senyap mengenai perkara itu, apabila beberapa kejadian 'aneh' seperti ketidakhadiran pemimpin tertentu  berlaku.

Selain berusaha memenangi hati orang Asli, Umno dan BN dikatakan cuba mendapatkan keyakinan pengundi muda. Langkah ini dikatakan silap kerana orang Asli dan golongan muda tidak akan mudah menjadi pak enggeh.

Di Batu Sapi pula, kegagalan ahli parlimen itu berbahasa Malaysia dan dialek tempatan dikatakan menjadi faktor kuat yang menyebabkan pengundi tidak langsung memandang beliau. Kedudukannya sebagai janda mendiang bekas ahli parlimen sebelum ini pula tidak banyak membantu sebaliknya itu sekadar bahan solek untuk menjaga perasaan dan kepentingan pihak tertentu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10