nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

KORBAN TSUNAMI MENTAWAI NAIK LAGI 164 ORANG

PASUKAN sukarelawan menyelamat dan mahasiswa Mentawai yang melakukan bancian, hari ini mengutip data terkini tentang kematian di Pulau Mentawai akibat gempa dan tsunami dua hari lalu.

Selepas menyemak rekod kematian dan senarai hilang, jurucakap kumpulan itu, Yoesph, berkata seramai 164 orang telah disahkan terkorban membabitkan 10 kampung di Pagai Utara, Pagai Selatan dan kawasan sekitar. Angka itu dijangka meningkat lebih 500 orang apabila mereka yang hilang masih belum ditemui.

 Seorang mangsa terselamat, Nanisha, menceritakan ketika tsunami berlaku banyak penduduk kampung berada di tepi pantai. Ombak setinggi bukit sepantas kilat mencampak mereka ke dalam hutan lebih 500 meter dari pantai.

Menurut Nanisah, ada penduduk tersangkut di atas pokok, manakala yang lain tersepit dalam timbunan kayu dan runtuhan rumah yang dihanyutkan sama.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10