nuffnang ads

Sunday, October 17, 2010

PENGALAMAN PESAKIT BELAKANG KRONIK DI HUSM AKAN DIBUKUKAN

BEBERAPA pesakit tulang belakang dan sendi kronik yang telah berjaya menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HSUM) Kubang Kerian, Kelantan bercadang menulis pengalaman mereka, sebelum dan selepas rawatan untuk diterbitkan menerusi sebuah buku, tidak lama lagi.

Buku yang bakal mengandungi kisah sedih duka dan kegembiraan pesakit, termasuk juga di kalangan mereka yang telah menderita lebih 20 tahun mengidap sakit kronik pada tulang belakang itu dijangka turut memuatkan ilustrasi, gambar sebenar dan pelbagai maklumat berguna untuk djadikan panduan kepada pesakit lain.

Pakar Sakit Kronik HUSM, Dr Nizar Abdul Jalil, memberitahu beberapa pesakit yang telah sembuh meluahkan hasrat itu sejak beberapa bulan lalu sebagai salah satu sumbangan ke arah kesedaran mendapatkan rawatan yang betul bagi merawat sakit berkenaan.

Beliau yang bakal menjadi editor buku itu, juga memberitahu setakat ini sekurang-kurangnya 10 pesakit yang telah sembuh bersedia menulis pengalaman mereka untuk dijadikan tatapan umum.

Rawatan sakit belakang mengunakan beberapa kaedah seperti radio frequensi yang tidak memerlukan pembedahan merupakan antara bidang yang berjaya dipelopori oleh HUSM di bawah kendalian Dr Nizar sehingga mengkagumkan ramai pesakit di negara ini.

Tidak seperti rawatan biasa menerusi pembedahan, rawatan dalam bidang sakit kronik yang semakin mendapat perhatian di HUSM ini hanya menggunakan suntikan tertentu yang dilakukan mengikut peringkat bersesuaian dengan tahap kesakitan yang dialami pesakit.

Pendedahan meluas mengenai rawatan sakit belakang tanpa pembedahan yang semakin banyak dikendalikan oleh HUSM dikatakan setanding dengan rawatan yang diperkenalkan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat.

Semoga usaha menerbitkan tulisan daripada pengalaman pesakit yang pernah mendapatkan rawatan ini akan menambahkan lagi perbendaharaan buku berkaitan perubatan di negara ini, sekaligus memberi harapan baru kepada pesakit lain yang masih menderita kerana gagal mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10