PENGACARA rancangan Bam Bam Boom, Ahmad Azahari Mohamad Ali, 27, berkata dia bersedia dan sedang menunggu kes perbicaraannya di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, berhubung kes khalwatnya dengan seorang isteri orang di sebuah apartmen di Ampang, dua minggu lalu.
Katanya, dia telah dipanggil memberi keterangan termasuk soal siasat pada 4 Oktober lalu berhubung kes itu dan kini hanya menunggu perbicaraan.
|
Azahari (kiri) sedang menunggu perbicaraan kes khalwatnya dengan isteri orang di sebuah apartmen di Ampang, dua minggu lalu (Gambar ehsan MStar) |
Azahari berharap, penonton rancangan popular itu terus memberi sokongan kerana ,masalah yang dihadapinya itu bersifat peribadi dan tidak wajar dicampuradukkan dengan karier atau kerjaya.