nuffnang ads

Friday, October 15, 2010

AYAH DIPENJARA 33 TAHUN BUNUH TIGA ANAK KE DALAM EMPANGAN

MAHKAMAH JURI Australia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun ke atas seekor ayah binatang, Robert Farquharson, 41, selepas didapati bersalah membunuh tiga anak lelakinya di dalam sebuah empangan lima tahun lalu.

Hakim Lasry, bagaimanapun ketika menjatuhkan hukuman sempat membidas Farquharson dengan berkata perbuatan itu teramat zalim dan dia terbayangkan bagaimana ketiga-tiga anaknya itu menderita saat-saat sebelum kematiannya.

Paling menyedihkan hakim ialah ketiga-tiga anaknya, Jai, 10, Tyler, 7 dan Bailey, 2, dihumban ke dalam tasik pada Hari Bapa 2005.

Hukuman penjara itu adalah yang paling minimum dan ia beberapa kali dibantah oleh bekas isteri Farquharson, Ms Gambino yang beberapa kali menjerit ke arah bekas suaminya itu sambil berharap mahkamah menjatuhkan hukuman mati.

Ayah pembunuh, Farquharson. Gambar kecil, tiga anak lelakinya yang dibunuh ke dalam empangan. (The Age)
"Hukuman ini tidak cukup, dia sepatutnya dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup!" jerit Ms Gambino yang kini telah berkahwin lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10