MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO
APA orang ingat semua pak haji baik dan lurus macam tiang bendul? Apa orang ingat semua pak haji boleh kawal nafsu?
Kisah ini berlaku di daerah Marang, Terengganu. Tindakan seorang lelaki bergelar haji yang sering mengganggu dua wanita 20-an akhirnya terpaksa dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana dalam kejadian terbaru, pak haji haram jadah itu cuba bertindak di luar batas, meraba kemaluan salah seorang wanita berkenaan.
Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua wanita muda itu sedang mengemas barangan di premis tempat mereka bekerja malam kelmarin. Pak haji tak boleh pakai itu, kemudian datang dan tanpa salam atau minta izin, terus mendekati mereka.
Dia kemudian pergi ke salah seorang mangsa yang sedang berdiri dan dalam keadaan penuh bernafsu dia selamba meraba kemaluan wanita berkenaan menyebabkan wanita itu bengang dan bertindak membuat laporan polis. Ptuuuiiii punya pak haji.
Difahamkan sebelum ini, pah haji tak semenggah itu sering mengganggu kedua-duanya termasuk pernah mengajak mereka bersiar-siar ke sebuah pusat peranginan @ pusat maksiat tetapi ditolak oleh kedua-dua wanita bersahabat itu.
Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
(HM)