nuffnang ads

Friday, October 8, 2010

BAPA ROGOL ANAK, ABANG ROGOL ADIK

MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

DUA CERITA berbeza, tapi kejinya sama.

Di Kuantan, Mahkamah Sesyen tidak membenarkan seorang ayah keparat diikat jamin selepas mengaku tidak bersalah merogol anak kandungnya sendiri yang berusia 15 tahun.

Bapa haruan berusia 34 tahun itu, didakwa merogol anaknya ketika itu berusia 14 tahun di sebuah bilik, di Kampung Genting Pulau Tioman pada pertengahan tahun 2009.

Di Mahkamah Majistret Kota Bharu pula, seorang abang dikenakan hukuman 18 tahun penjara dan 13 sebatan selepas didapati bersalah kerana melakukan sumbang mahram dengan adik kandung sendiri berusia 14 tahun.

Hakim Rofiah Mohamad ketika menjatuhkan hukuman berkata, berdasarkan fakta kesalahan yang dilakukan lelaki berusia 21 tahun itu sangat keji, terutama ke atas adik kandung sendiri yang berusia 14 tahun. Perbuatan itu katanya telah merosakkan keharmonian rumah tangga pelaku dan juga keharmonian ibu bapa.

Lelaki terbabit telah berkahwin dan mempunyai dua anak.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10