SAMA-SAMA RAIKAN ULANG TAHUN KE 20 HARIAN METRO
SEJAK tahun 2000, kesedaran menyediakan penutup kepala @kondom kepada atlet yang bertanding pada sukan peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik, dilihat semakin meningkat dengan ketara.
Atas rasa tanggungjawab, penganjur dikatakan menyediakan topi getah nipis itu untuk melindungi bahagian kepala atlet daripada dihinggapi kelemumur sepanjang menginap di perkampungan sukan.
Pada Sukan Komanwel New Delhi kali ini, pihak penganjur telah menyediakan 8,000 kondom kepada atlet (sudah tentu untuk kegunaan atlet lelaki). Amat mengejutkan masuk hari ketiga pertandingan, penganjur melaporkan 4,000 kondom telah habis digunakan.
Namun kini masalah baru berlaku. Perkampungan atlet di sukan itu mungkin boleh dilanda banjir! Sebabnya? Atlet dikatakan membuang kondom sesuka hati ke dalam saluran paip, sehingga hampir setiap jam berlaku kes paip tersumbat.
Berbalik kepada jumlah kondom yang dibekalkan kepada atlet pada beberapa sukan bertaraf dunia sebelum ini. Bekalan kondom pada Sukan Komanwel kali ini sebenarnya ternyata jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan kejohanan berprestij tinggi sebelum ini.
Pada Sukan Olimpik di Sydney 2000 misanya, atlet telah menggunakan lebih 70,000 kondom sepanjang tempoh sukan itu berlangsung.
Pada Sukan Olimpik 2004 di Athens pula, angka itu meningkat hampir sekali ganda apabila penganjur merekodkan penggunaan kondom sebanyak 130,000!
Bagaimanapun, penggunaan kondom di kalangan atlet pada Sukan Olimpik di Beijing 2008, dicatatkan menurun sedikit. Atlet pada sepanjang sukan itu dikatakan hanya menggunakan 100,000 kondom. Jumlah yang sama juga dicatatkan ketika berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Vancouver pada 2008.
APAKAH MORAL DI SEBALIK ANGKA PENGGUNAAN KONDOM INI? Ini menunjukkan bahawa selain membawa misi dan hasrat untuk memenangi pingat, atlet juga membawa nafsu berahi yang amat besar setiap kali bertanding di sukan bertaraf antarabangsa.