nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

MOHD HELMI TAWAR HATI DENGAN ROZALIYA: PERTUNANGAN MUNGKIN PUTUS

SELEPAS segalanya terjawab ekoran kehilangan tunangnya, Rozaliya Mat Lazim, 20, pegawai Felda, Mohd Helmi Mohd Nor, 24 akhirnya membuka mulut.

Ketika di Ibu Pejabat daerah (IPD Polis 'menyambut' kepulangan Rozaliya, Mohd Helmi yang dikatakan lebih banyak termenung dan sesekali melemparkan senyuman.

Menurut Mohd Helmi, dia tidak berdendam dengan Rozaliya, sebaliknya bersyukur kerana tunangnya itu telah selamat kembali ke pangkuan keluarga. Sekaligus, semua pandangan negatif terhadapnya selama ini telah terjawab.

Namun perkataan paling berharga yang terkeluar dari mulutnya ialah: "Selepas dia melakukan sebegini, hati saya telah tawar untuk dia (Rozaliya)"

Nasihat terbaik buat Mohd Helmi ialah, jika hati telah benar menyuarakan pandangan dan selepas tiada lagi kemungkinan untuk bersatu menggapai impian, lihatlah pada hari-hari yang datang. Hidup mesti diteruskan dan bunga bukan sekuntum. Buatlah pilihan terbaik untuk kebaikan kedua-duanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10