nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

FSU: PENYANYI DANGDUT AIDA SASKIA PEMBOHONG BESAR!

FORUM SOLIDARITAS ULAMA (FSU) badan pertubuhan Islam terbesar yang berpengaruh di Indonesia, semalam mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi dangdut, Aida Saskia telah melakukan pembohongan dan fitnah apabila menuduh ulama KH Zainuddin MZ pernah menyetubuhinya ketika dia berusia 16 tahun.

Sambil menyifatkan, tuduhan itu keterlaluan, jurucakap FSU, HM Hafiz Syahnara, berkata pertubuhan itu telah menubuhkan satu pasukan penyiasat persendirian, tanpa pengetahuan Zainuddin untuk menyiasat kebenaran kes berkenaan.

Hasilnya adalah seperti berikut:
1.Bapa saudara Aida Saskia sendiri mengesahkan apa yang diluahkan oleh Aida adalah satu pembohongan dan fitnah semata-mata. Bapa saudaranya mengatakan ada pihak termasuk ahli politik dan ahli perniagaan muzik, berdiri di belakang Aida, mempengaruhinya untuk menjatuh dan memalukan Zainuddin.

AIDA SASKIA PEMBOHONG BESAR KATA FSU
 2.Penyiasat menemui bukti Aida terlalu banyak kali bertukar pasangan, sejak dulu dan sehingga kini
 3.Rekod menunjukkan dia juga sering ke luar masuk hotel bersama pasangan lelaki di dalam dan di luar kota.
 4.Pada tahun 2007, Aida pernah keguguran hasil hubungan seks haramnya dan dia dibantu oleh salah seorang ahli keluarganya mendapatkan rawatan di hospital yang telah diketahui.
 5.Kritikan ulama terhadap hedonisme di Indonesia, terutama di dalam bidang nyanyian dangdut, menyebabkan ada pemilik pusat nyanyian berasa periuk nasi mereka terjejas dan sekaligus mencari seseorang yang rapat atau kenal Zainuddin melakukan sabotaj.

Menurut HM Hafiz lagi, pihaknya melakukan siasatan itu tanpa pengetahuan Zainuddin selepas berasa amat simpati di atas nasib ulama itu ditohmah sedemikian hina. Kini Zainuddin dikatakan amat bersedih, tetapi dia berupaya bersabar dan bersedia menghadapi segala kemungkinan demi menegakkan kebenaran.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10