nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

NAK TAHU PUNCA NAHAS BAS BUNUH 13 ORANG? BACA DI SINI: PROTON SATRIA HITAM DAN PEMANDU MEMANDU LAJU JADI PUNCA NAHAS BAS EKPSRESS DI PEDAS

SEBUAH kereta Proton Satria berwarna hitam dikatakan menjadi punca utama, bas Delima Ekspress terbalik dan kemalangan dalam nahas yang mengorbankan 13 nyawa dan mencederakan 40 yang lain di Pedas, Negeri Sembilan tiga minggu lalu.

Kereta Satria itu dikatakan dipandu laju dan memotong bas ekspress berkenaan, tetapi terlanggar dinding bas, menyebabkan bas ekspress berkenaan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlaga dengan beberapa kenderaan, sebelum terbalik.

Sumber-sumber yang dipetik NST mendakwa, selain kereta Proton Satria itu, faktor kedua penyebab kemalangan adalah kerana bas berkenaan MEMANG dipandu laju, iaitu melebihi 130 kilometer sejam. Hal ini diketahui selepas penyiasat memeriksa tiket tol yang ditemui di dalam bas berkenaan.

Perkiraan telah dibuat berdasarkan masa yang tertera pada tiket tol yang diambil oleh pemandu bas itu, Ramachandran di plaza tol, masa kemalangan berlaku dan jarak di antara plaza tol dengan tempat nahas. Selepas perkiraan dibuat, terbukti pemandu bas itu memandu melebihi 130 kmj, iaitu melebihi had laju dibenarkan, 90 kmj.

Walaupun perit berdepan realiti, semua pihak sepatutnya menerima dengan hati terbuka punca kejadian ini. Sekurang-kurangnya ia menjadi teladan supaya penguatkuasaan dipertingkatkan bagi menjerat pemandu yang memandu laju. Sekaligus mengelak daripada kita saling tidak mengaku dan akhirnya seolah-olah menyalahkan TUHAN di atas kejadian ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10