nuffnang ads

Wednesday, October 20, 2010

MENGANDUNG ITU KESALAHAN BESAR: 6 PEKERJA WANITA DIBUANG KERJA

DILEMA enam pekerja wanita di beberapa syarikat swasta yang terpaksa berhenti bekerja hanya kerana mereka didapati hamil, bukan cerita di negara yang mengamalkan hukum rimba. Tetapi ia berlaku di negara ini, di sebuah negara yang rakyat sepatutnya berfikiran terbuka dan tertib dalam melayani gender.

Kejadian malang menimpa enam pekerja wanita hamil ini, didedahkan oleh Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong semalam.

Menurut Chong, dua daripada mangsa dipecat oleh majikan mereka sebaik sahaja mengetahui diri masing-masing hamil. Kedua-duanya dipecat ketika masih di dalam tempoh percubaan, manakala empat yang lain pula terpaksa berhenti kerja selepas dibuli dengan pelbagai cara, gara-gara kehamilan.

Eksploitasi gender dan fitrah ini, tentulah menyedihkan kerana masih ada majikan di negara ini mengamalkan cara berfikir yang amat sempit, semata-mata hanya memikirkan keuntungan syarikat. Syarikat terbabit mendakwa wanita mengandung hanya membawa kerugian kerana kurang produktif, terutama apabila membabitkan kerja luar.

Chong menjelaskan, ketika menghubungi majikan mangsa, ada di antara majikan berkenaan tanpa segan-silu menempelak dengan memberitahunya bahawa jika mereka tahu pekerja yang diambil itu hamil, sudah pasti mereka tidak akan dilayan.

Semua enam kes eksloitasi pekerja hamil itu telah dirujuk kepada Mahkamah Perindustrian dan Jabatan Sumber Manusia untuk tindakan lanjut.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10