SIAPA Amir? AdaKah dia jejaka pujaan gelap Rozaliya sehingga sanggup menghilangkan diri, sejak Rabu lalu, meninggalkan keluarga dan tunangnya?
Menurut bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, anaknya tidak terlibat menyembunyikan tunang sendiri tetapi berdasarkan kata-kata ibu Rozaliya, mereka percaya anaknya itu bersama seorang lelaki lain bernama Amir.
Siapa Amir? Majistret? Pemilik Estet? Atau tuan punya mesin konkrit? Amir dipercayai berada di Batu Berendam Melaka. Difahamkan Amir seorang pelajar institusi pengajian tinggi dan memang menggilai Rozaliya.
Pemuda itu juga pernah berkunjung ke rumah Rozaliya sebelum ini dan rasa kasih cintanya terhadap Rozaliya juga bukan lagi rahsia di kalangan ahli keluarga berkenaan.
Berdasarkan maklumat ini, betullah seperti dikatakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, bahawa kes ini menjadi semakin rumit kerana banyak maklumat bercanggah.
Mohd Noor yang mempertahankan anaknya, juga dipetik berkata Mohd Helmi tidak menghilangkan diri seperti didakwa keluarga Rozaliya, sebaliknya pulang ke Johor dan kemudian ke Melaka dipercayai mencari Amir.
Dan Mohd Helmi mesti terus bijak menjadi lelaki yang benar-benar lelaki jika dia tiada apa yang mahu disembunyikan. Biar semua orang tahu apa yang tersirat di sebalik yang tersurat selama ini.
Helmi! perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Apa yang berlaku tentu mempunyai hikmah, cuma semua orang mahu Rozaliya pulang semula ke pangkuan keluarganya.