nuffnang ads

Wednesday, October 6, 2010

MENARIK TENTANG JESYNTHA CLARENCE ISREAL

WANITA yang dicari polis berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati, Jesyntha Clarence Isreal, 27, dikatakan isteri kedua seorang suspek yang kini ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Jesyntha pernah tinggal di Lot 55, batu 1/2, Jalan Jugra Banting, Selangor. Dia juga dikatakan tahu mengenai perancangan terakhir pembunuhan Sosilawati. Maklumat yang dia ada boleh membantu polis, tapi dia kini melarikan diri. Bantu polis cari wanita ini.

Wanita berbintang Cancer ini dikatakan mempunyai bannyak kenalan dan sudah tentu kenalannya boleh membantu polis. Antara mereka yang dipercayai mengenali wanita ini ialah peniaga pasar dan juga pengusaha salun rambut.

Sebagai antara anak kunci penting, Jesyntha yang berkulit tidak terlalu gelap dipercayai boleh membuka ruang yang lebih luas kepada pasukan penyiasat polis dalam membantu siasatan mengenai kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Jesyntha dipercayai masih ada di negara ini tetapi dikatakan bersembunyi di lokasi yang hanya diketahui oleh orang-orang tertentu. Bagaimanapun, dia sudah tentu tidak boleh bertahan lama menyembunyikan diri kerana dunia semakin sempit. Ruang untuk melarikan diri semakin terbatas.

Sebaik-baik cara eloklah dia menyerah sahaja untuk membantu polis menjalankan siasatan. Mereka yang cuba melindungi wanita ini dengan apa cara atau motif sekalipun juga harus sedar, pihak berkuasa tetap akan mencari wanita berkenaan.

Orang ramai yang mengetahui mengenai Jesyntha dirayu menghubungi balai polis terdekat atau rakan cop menerusi talian 03-21159999.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10