nuffnang ads

Tuesday, October 5, 2010

API APAKAH YANG SERING BERTERBANGAN BERJURAI DI SUNGAI KANCHONG DARAT?

MANUSIA hanya akan percaya apabila berdepan logik dan melihat sendiri sesuatu yang didakwa luar biasa dalam kehidupan ini.

Dan tidak salah jika anda pergi bersiar-siar selepas tengah malam di tepi Sungai Kancong Darat, atau bagi yang gemar memancing mungkin boleh membuang sedikit masa sambil MENIKMATI pemandangan malam yang sesekali diwarnai dengan terbangan api seperti berjurai-jurai.

Mungkin dengan mendengar cerita orang, kita sukar untuk mempercayainya. Maka anda yang mungkin berhasrat melihat sendiri, mungkin berpeluang melihat 'cahaya' sebesar genggaman dan seperti berekor sering sahaja melintas seperti bunga api pada waktu selepas tengah malam.

Sama ada ini boleh dikaitkan dengan cerita pembunuhan ngeri di situ, terpulang kepada kita sendiri untuk mentafsirkannya. Ini kerana Allah Maha Besar dan apa sahaja yang berlaku mempunyai hikmah yang tidak terungkap oleh akal manusia yang cetek.

Bagaimanapun, selain cahaya seperti api berjuraian, belum lagi saya menemui lembaga terbang ataupun mendengar suara meminta tolong di kawasan itu pada sebelah malam. Mungkin itu hanya tokok tambah dari mulut ke mulut, namun sampai saat ini saya juga tidak mahu berkata ia sepenuhnya tidak betul.

Namun di sebalik apa sahaja kejadian luar biasa yang berlaku dan mungkin boleh dilihat, kita jangan pula menjadi taksub sehingga mengosongkan akidah.

Memang cerita api atau cahaya terbang boleh saya percayai, berdasarkan pengalaman tetapi hal-hal lain belum lagi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10