nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

PULANGLAH MIRA: MAK RINDU SANGAT.

PULANGLAH MIRA...MAK RINDU SANGAT.

Tiada apa yang dimahukan bagi seorang ibu, Zaiton Ismail, 38, kecuali mengharapkan anak perempuannya, Haizatul Amira Noor Hairol, pulang semula ke rumah dalam keadaan selamat.

Anaknya itu yang lebih dikenali sebagai Mira, keluar dari rumah pada 8 Oktober lalu dipercayai mengikut seorang rakan sekampung yang berusia 16 tahun dan kini dipercayai berada di Ipoh berdasarkan panggilan telefon yang dibuat kepada neneknya pada 18 Oktober lalu.

Mira berasal dari Kampung Lubuk Redan, Masjid Tanah Melaka adalah pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kuala Sungai Baru.

Menurut Zaiton, Mira ada menghubungi neneknya mengucapkan selamat ulang tahun kepada dirinya, tetapi selepas itu tidak dapat dihubungi.

Mereka yang mengenali Mira, mengetahui di mana Mira berada atau mereka yang sedang mendampingi gadis sunti itu, hubungi balai polis terdekat. Mereka juga boleh menghubungi talian 06-3876726.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10