nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

JURUKUNCI GUNUNG MERAPI, MBAH MARIDJAN TURUT TERKORBAN

MBAH Maridjan atau nama penuhnya Ki Surakso Harga, juru kunci Gunung Merapi, sebuah rumah yang dijadikan lokasi pemerhatian aktiviti gunung berkenaan sejak zaman Belanda, ditemui mati dalam keadaan bersujud di bilik air rumah berkenaan.

Laporan awal mengatakan beliau selamat, tetapi pagi ini Komandan Tentera Nasional Indoenesia (TNI-Angkatan Laut)  Kolonel Aloysius Pramono mengesahkan, jenazah Mbah Maridjan telah ditemui dihantar ke bilik mayat hospital.

Kematian itu menjadikan angka korban Gunung Merapi mencecah 16 orang setakat ini. Sebelum ini turut terkorban di rumah berkenaan adalah seorang editor VIVAnews dan seorang doktor polis yang sedang memujuk Mbah Mraidjan agar berpindah ke kawasan selamat.

Selain itu 13 penduduk tempatan juga terkorban di rumah yang sama, yang telah ranap dibaham lahar dan debu panas Gunung Merapi

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10