SAMA-SAMA RAIKAN ULANG TAHUN KE 20 HARIAN METRO
SEORANG suami berhati binatang tergamak memijak dan menendang perut isterinya sendiri, apatah lagi dalam keadaan isterinya sedang mengandung enam bulan anak sulung hasil perkahwinan mereka.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menimpa seorang isteri berusia 26 tahun, di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur, tengah hari semalam. Semuanya berpunca daripada teguran dan leteran mangsa, terhadap suaminya yang berusia 30 tahun, yang menghilangkan diri lebih 2 bulan lalu.
Sebaik sahaja suaminya pulang ke rumah, mangsa meluahkan perasaannya kerana terbabai selama dua bulan selain percaya suspek bertindak meninggalkannya dalam tempoh itu kerana berkahwin lain.
Luahan hati si isteri itu membuatkan suspek mengamuk dan terus menampar serta mencekik isterinya. Bagaimanapun, si isteri yang cuba mempertahankan diri, terpaksa melawan. Akibatnya, si suami menjadi bertambah berang dan menampar sekuat hati sehingga isterinya terjatuh.
Ketika itulah, si suami bagaikan dirasuk, terus menendang dan memijak perut isterinya yang sedang hamil enam bulan, tanpa menghiraukan rayuan dan belas si isteri yang terlalu sakit.
Bagaimanapun, adik mangsa yang kebetulan ada di rumah berkenaan, bertindak meleraikan perbuatan itu, menyebabkan si suami keluar dan meninggalkan isterinya dalam kesakitan. Mangsa dihantar ke sebuah klinik tetapi dia bernasih baik kandungannya tidak terjejas walaupun mengalami pendarahan. Satu laporan dibuat di balai polis Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.