nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

LAPORAN POLIS KE ATAS PEJABAT POS BATU FERINGGHI MENINGKAT KEPADA 102 ORANG

DARIPADA hanya 19 laporan polis, kini kes itu dikatakan meningkat sehingga 102 orang. Kebanyakan mereka mendakwa bayaran bil air, elektrik, telefon dan pelbagai jenis pembayaran lain yang dibuat di Pejabat Pos Batu Feringghi, Pulau Pinang tidak dimasukkan walaupun mereka telah menjelaskannya sejak sekian lama.

Sebahagian mangsa dikatakan menerima notis pemotongan bekalan elektrik dan air manakala yang lain turut menerima saman untuk ke mahkamah. Ini semua gara-gara perbuatan pecah amanah yang dilakukan tiga wanita yang bertugas sebagai kerani di kaunter pejabat itu sebelum ini.

Walaupun polis telah menahan ketiga-tiganya untuk siasatan, namun Pos Malaysia didakwa masih gagal memaklumkan kepada beberapa agensi berkaitan mengenai kes yang membabitkan pecah amanah pembayaran bil yang dilakukan oleh ketiga-tiga bekas pekerja terbabit.

Wakil Rakyat Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, mengesahkan sehingga kini 102 orang telah membuat laporan termasuk beberapa rakyat asing yang tinggal di Pulau Pinang mengikut skim Malaysia Rumah Keduaku.

Menurutnya, banyak mangsa kini berdepan masalah apabila menerima notis pemotongan bekalan air dan elektrik ekoran perbuatan ketiga-tiga kerani terbabit yang tidak amanah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10