ANTARA kandungan dalam laman facebook berbahasa Indonesia yang dilancarkan Israel adalah mendedahkan betapa mereka sebagai negara termaju, terbaik dan paling utama di dunia.
Antaranya mereka mendakwa:
1. Israel memiliki tingkat pendidikan tertinggi di dunia, dengan memiliki jumlah jurutera, penyelidik dan memiliki rakyat berpendidikan Phd pada kadar 135:10,000
2.Mendedahkan telefon selular diperkembangkan asalnya di Israel menerusi Motorola-Israel
3.Kejayaan software window NT oleh Microsoft-Israel
4.Kejayaan teknologi Pentium MMX Chip menerusi Intel-Israel
5.Kejayaan mencipta voice mail
6.Memiliki 3,500 perusahaan utama yang menguasai pasaran dunia.
Dan pelbagai lagi propaganda dimasukkan di dalam laman facebook berkenaan, sebagai bukti negara zionis itu nampak bersungguh-sungguh dalam usahanya melancarkan perang saraf kepada umat Islam di Asia Tenggara, khususnya Indonesia dan Malaysia.