nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI SARAWAK DAPAT TANAH UNTUK JADIKAN LADANG

BERUNTUNGLAH sekolah jenis kebangsaan Cina, terutama di Batu Sapi, apabila kerajaan mengumumkan pemberian tanah luas untuk dijadikan ladang sebagai cara pengurusan sekolah terbabit mencari dana menampung keperluan menguruskan sekolah berkenaan.

Tanah luas itu boleh dijadikan ladang dan hasilnya terus menjadi milik pentadbir sekolah terbabit. Jika orang Cina tidak melihat kebaikan pemimpin Melayu dalam hal ini, entahlah.

Bagaimanapun, melihat kebaikan itu hanyalah perkara kedua atau ketiga. Perkara pertama yang perlu pula dilihat oleh kerajaan ialah bagaimana mereka melayan pentadbiran sekolah agama di negara ini?

Apakah pengurusan atau pentadbiran sekolah agama di negara ini diberi rezeki murah seperti itu untuk memudahkan mereka mentadbir dan menguruskan sekolah mereka dengan lebih cekap dan teratur?

Apakah kerajaan bersedia memberi tanah kepada pentadbiran sekolah agama yang juga merupakan satu mekanisme penting dalam pendidikan di negara ini? Atau gembirakah kerajaan melihat gaji diperolehi guru sekolah agama di negara ini yang rata-rata jauh lebih rendah daripada pendidik di sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil.

Sesekali perlu juga dikatakan terima kasih di atas kebaikan memberi tanah itu, walaupun ia hanya menguntungkan satu kaum sahaja, namun kita tidak mahu melihat hal-hal memberi 'umpan' ini hanya berlaku apabila terjadinya pilihanraya. Seperkara lagi ia hanya nampak ketara diberikan kepada satu-satu pihak sahaja.

Salahkah andaian jika dikatakan bahawa kerajaan memang bersedia memberi tanah kepada sekolah jenis kebangsaan kerana ia ditadbir oleh kaum Cina yang dikenali bijak berniaga dan tidak kepada sekolah agama yang ditadbir oleh orang Melayu yang selama ini sering dilabel, lemah, malas, bodoh dan tidak reti apa-apa?

Semoga keadilan akan diperolehi oleh semua pihak tanpa mengambil hak pihak yang lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10