nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

PERLU BACA!!!!!!ISRAEL MULA LANCARKAN PERANG SARAF UNTUK MASUK KE INDONESIA DAN MALAYSIA

KERAJAAN Zionis Israel, dipercayai telah meningkatkan usaha perang sarafnya, mendekati dan cuba mempengaruhi negara-negara Islam di Asia Tenggara khususnya Indonesia dan Malaysia, menerusi penggunaan laman facebook dan web berbahasa Indonesia dengan menjadikan Singapura sebagai markas pergerakan itu.

Laman facebook ciptaan Israel menggunakan Bahasa Indonesia
Kegiatan berbahaya ini sebenarnya telah bermula sejak 18 Disember 2006 tanpa disedari banyak pihak apabila pihak Israel menubuhkan satu laman web berbahasa Indonesia. Web itu menggambarkan ia berfungsi sebagai pejabat maya kedutaan besar Indonesia dan Malaysia di Israel pada masa depan. Malah Israel dikatakan begitu yakin akan wujudnya hubungan diplomasi antara negara itu dengan Indonesia dan Malaysia pada masa depan.

Dan paling terbaru sebuah laman facebook berjudul Israel Diplomatic Network dikesan dilancarkan dengan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantaraan. Setakat ini lebih 500 telah mengunungi laman facebook itu.

Kedua-dua laman internet itu dikatakan diselia dan dikendalikan terus dari Kedutaan Besar Israel di Singapura. Malah Duta Besar Israel ke Singapura, Ben Dov, dipetik Jakarta Post mengakuinya dengan memberi alasan ia perlu untuk mengeratkan hubungan Israel dengan negara-negara Islam.

Menurut Ben Dov: "Meskipun kami hidup di era informasi, informasi mengenai Israel masih sangat sedikit di kalangan dunia Muslim,"

Dalam laman terbaru itu, pihak Israel turut memasukkan artikel terbaru mereka mengenai kes serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marvara. Israel menerusi artikel itu menyokong serangan ke atas kapal berkenaan atas alasan ia satu provokasi dan menekan bahawa kumpulan international Humanitarian Hilforganization (IHH) sebagai sebuah kumpulan pengganas dunia.

Nampaknya ada yang mesti kita sebagai umat Islam sedar tentang agenda Israel kebelakangan ini untuk menanamkan pengaruhnya di kalangan negara Islam di Asia Tenggara dan secara ikhlas usaha yang mereka lakukan ini sebenarnya amat berbahaya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10