Silo Gerenang, 59, berkata pemandu bot ekpsress sepatutnya berhati-hati sebelum memotong kerana punca bot itu tenggelam ialah apabila ia melanggar tali kabel yang digunakan bot tunda untuk menarik barangan balak. Jika tidak, tragedi itu tidak mungkin berlaku.
![]() |
Bot yang tenggelam ditarik ke daratan malam tadi (ehsan The Borneo Post) |
Seorang lagi penumpang, Ebie Biju, 35, mendakwa dia nampak apa yang berlaku kerana ketika itu dia duduk di bahagian paling depan bot. Dia yang ketika itu selesai membeli belah di pekan Tatau turut kesal kerana gagal menyelamatkan ramai penumpang lain yang terperangkap.
Pengurus Kem Pembalakan, Kiu Siong Hock, berkata beberapa orang pekerjanya yang mengetahui kejadian itu terus bergegas ke arah sungai untuk cuba membantu menyelamatkan mangsa, namun arus deras menyukarkan usaha menyelamat, tambahan pula ada yang terperangkap di dalam bot yang tenggelam.
Sementara itu, Penolong Menteri Pembangunan dan Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin, dipetik The Borneo Post sebagai berkata, kerajaan negeri akan menyiasat secara menyeluruh tragedi itu.
Sehingga kini, empat disahkan mati, manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain masih hilang.