nuffnang ads

Tuesday, October 19, 2010

TULANG BERSERAKAN DI BUKIT BROGA, MILIK PENJENAYAH DIKEHENDAKI

PENEMUAN serpihan rangka dan tulang manusia yang berserakan di satu lubang kawasan hutan Bukit Broga, Semenyih semalam dipercayai milik penjenayah dikehendaki, Bangsar Shan, yang telah diculik pihak tertentu dari rumahnya di Bandar Mahkota Cheras, pada 28 Ogos tahun lalu.

Bangsar Shan atau R Ravi Shankar, 40, adalah ketua sebuah kumpulan penjenayah yang turut memiliki beberapa perniagaan tempat letak kereta dan kelab malam di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Shakarudin Che Mood mengesahkan penemuan serpihan rangka itu selepas soal-siasat daripada seorang suspek yang ditahan. Polis kemudian pergi ke satu kawasan dimaklumkan dan menggali tempat dikenalpasti.

Berdasarkan pakaian ditemui, ia memang milik penjenayah terbabit. Selain berniaga, Bangsar Shan juga dikatakan menjalankan 'perniagaan' jenayah dengan memeras ugut beberapa peniaga supaya membayar wang tertentu untuk perlindungan.

Kegiatannya memang dalam perhatian dan siasatan pihak polis yang bersedia untuk memerangkapnya untuk dibawa ke muka pengadilan.

Namun ada pihak lain terlebih dahulu membuat perancangan sendiri, menculik dan kemudian dikatakan membunuh penjenayah itu.

Walaupun ia dipercayai telah mati, polis tetap menjalankan siasatan termasuk memburu mereka yang melakukan pembunuhan itu.

Cuma dalam hal ini, masyarakat mungkin tidak berapa melihat kes itu dengan simpati jika benar dia seorang penjenayah yang selama ini telah banyak menyusahkan orang lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10