nuffnang ads

Tuesday, October 19, 2010

PROJEK PENGURUS RUMAH TANGGA MESTI DIHENTIKAN. YUSOF NOOR DIGESA TARIK BALIK KENYATAANNYA

MELAKUKAN sesuatu tanpa berfikir panjang akhirnya bagai meludah ke langit. Kena balik ke muka sendiri! Kenyataan Presiden Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor, konon rakyat negara ini tidak lagi berdepan masalah apabila Felda akan membekalkan begitu ramai Pengurus Rumahtangga untuk mengambilalih tugas amah dari negara luar akhirnya dibidas.

Malah, beliau digesa menarik balik kenyataan itu oleh Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dengan serta merta kerana implikasi kenyataannya itu menimbulkan pelbagai kekeliruan kepada peneroka Felda.

Pengarah pertubuhan itu, Siti Hajar Ismail, mendakwa kenyataan Yusof tentang istilah Pengurus Rumahtangga adalah tidak tepat kerana jawatan itu sebenarnya hanyalah mirip kerja tanggungjawab seorang amah dan orang gaji.

Menurut Siti Hajar, istilah pengurus bukan seperti digambarkan Yusif iaitu melakukan kerja amah di rumah majikan dengan gaji di antara RM700 dan RM1,000. Ini kerana pengurus biasanya mendapat kelebihan lain seperti elaun telefon dan pelbagai insentif dan gajinya pula tidak semurah seperti yang dikatakan.

Selain itu, Siti Hajar juga kesal dengan kenyataan itu kerana ia seolah-olah menggambarkan terlalu ramai anak peneroka felda yang kurang berpendidikan dan hanya layak menjadi amah di rumah orang.

Sehubungan itu, beliau meminta Yusof menarik segera kenyataannya dan pada masa yang sama menghentikan cadangan melahirkan Pengurus Rumahtangga.

Seingat saya, Yusof Noor sejak menjadi menteri dan memegang pelbagai portfolio sentiasa bermasalah dan banyak cadangannya termasuk juga ketika mengendalikan hal ehwal teksi dulu, dibantah dan ditentang. Puncanya? Mungkin setiap yang dicadangkannya itu tidak diteliti sepenuh-penuhnya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10