Kontinjen olahraga Nigeria menerima tamparan lagi. Selepas pemenang pingat emas wanita 100 meter, Oludama dikesan positif dadah dan berdepan kemungkinan ditarik balik pingatnya, seorang lagi pelari negara itu diuji positif semalam.
Pengerusi Persekutuan Olahraga Sukan Komanwel, Mike Fernell, mengesahkan pelari 110 meter berhalangan Nigeria, Samuel Okon, diuji positif menggunakan dadah jenis Methylexemine.
Dia walaupun hanya menduduki tangga keenam dalam pertandingan akhir acara itu, tetap akan berdepan tindakan tegas, selepas ujian sampel B diuji sekali lagi.
Fernell berkata, Methylexemine telah dikatogerikan sebagai dadah ransangan yang dilarang penggunaannya kepada atlet yang bertanding.