nuffnang ads

Tuesday, October 12, 2010

SEEKOR IBU SYAITAN BUANG BAYINYA DI TEPI SEMAK, DEKAT TASKA

SEEKOR ibu syaitan, tergamak membuang anak yang baru dilahirkan, hanya berbalutkan tuala di dalam semak, tepi pagar berdekatan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di Baling, pagi tadi.

Bayi itu ditemui dua guru taska berkenaan, apabila terpandang tompokan darah dan selepas menyusur tompokan itu, mereka terjumpa seorang bayi dipercayai baru dilahirkan sedang digigit semut. Kesan luka juga ditemui pada badan bayi berkenaan.

Pemilik taska, Siti Hawa Othman, 40, membuat laporan polis sebelum bayi seberat 3 kilogram itu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mohd Daut Md Hassan mengesahkan kejadian dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi segera balai polis terdekat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10