MENJELANG Deepavali, ada sahaja gangguan daripada kumpulan gangster atau konon nak berlagak ala mafia yang mahu menunjukkan kuasa dalam pengagihan lot niaga sempena Deepavali di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MKP).
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faeqah Hussin, dipetik berkata beberapa individu ada mengadu ke pejabat menteri besar berkaitan masalah itu.
Manusia yang cintakan keamanan memang dah naik bosan @ meluat @menyampah dengan cerita kumpulan yang konon mahu menunjukkan kuasa ini dengan cara kekerasan. Ini bukan cerita kosong atau cerita bohong kerana setiap tahun, akan ada kekecohan dilaporkan media mengenai gangguan kumpulan itu terhadap pengagihan lot niaga.
Apa? Ingat Klang ini bandar mak bapak engkau punya ke? Perangai hodoh yang kalau tak dibanteras sampai ke akar umbi ini akan menambahkan lagi api dalam sekam, bukan sahaja kepada masyarakat yang berniaga sempena Deepavali, tetapi kepada keseluruhan warga Klang.
Klang adalah bandar semua kaum. Bukan bandar kumpulan penjenayah. Semua kaum dah tak tahan dah!