nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

BAKAL AHLI PARLIMEN BATU SAPI JATUH LAUT

CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah, terjatuh ke dalam laut dalam satu kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi, apabila pelantar sebuah jeti di Pulau Api-Api roboh.

Turut lokos terjatuh bersama beliau ialah pengarah pilihanraya PKR dan seorang krew TV9 yang turut bersama Ansari meninjau kawasan di beberapa pulau berdekatan,

Menurut Ansari, kejadian bermula apabila pelantar itu dinaiki krew TV9. Kemudian dia menaikinya tetapi mengesan berlaku gegaran dipercayai pelantar itu berada dalam keadaan tidak stabil. Berikutan itu beliau meminta orang lain tidak menaiki pelantar berkenaan.

Bagaimanapun, bot dinaiki pengarah pilihanraya PKR ditolak ombak dan bergoyang menyebabkan dia turut naik ke atas pelantar berkenaan. Akibatnya ketiga-tiga mereka terjatuh apabila pelantar jeti itu tidak mampu menanggung beban.

Sekurang-kurangnya kejadian menimpa Ansar itu menjadi penyelamat bagi beberapa penumpang bot lain yang sedang menunggu untuk menaiki pelantar berkenaan. Ini kerana menurut Ansari salah seorang yang sedang menunggu itu adalah perempuan yang sarat mengandung. Kalaulah perempuan itu jadi mangsa....

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10