nuffnang ads

Thursday, October 7, 2010

JESYNTHA CLARENCE, WANITA BURUAN POLIS KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI, DITAHAN PETANG TADI

 SAMA-SAMA RAIKAN ULANG TAHUN KE 20 HARIAN METRO

BURUAN  ke atas seorang wanita bernama Jesyntha Clarence Isreal, 27, menemui noktah apabila dia akhirnya keluar daripada persembunyian dan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi.

Jesyntha yang dikehendaki bagi membantu polis dalam siasatan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan tiga yang lain di ladang Gadong, Tanjung Sepat beberapa minggu lalu, menyerah diri kira-kira jam 5 petang tadi ditemani seorang peguam.

Bagaimanapun, sebaik sahaja menyerah diri, dia terus ditahan polis. Wanita itu yang dipercayai isteri kedua kepada salah seorang suspek yang telah ditahan terdahulu bagi membantu kes pembunuhan yang sama, dikatakan mempunyai banyak maklumat mengenai pembunuhan kejam itu.

Laman facebook PDRM mengesahkan penangkapan wanita berkenaan sejurus dia menyerah diri di IPD Dang Wangi.

Difahamkan Jesyntha dikatakan tahu sama ada secara langsung atau tidak langsung mengenai rancangan berkaitan pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga yang lain oleh suspek yang kini berada di dalam tahanan polis.

Bagaimanapun, wanita berbintang Cancer itu dikatakan melarikan diri atau bersembunyi sebaik sahaja mengetahui suaminya ditahan.

Sementara itu, di Banting, wakil media melihat ratusan fail dan dokumen dibawa keluar daripada pejabat peguam yang juga suspek dalam pembunuhan itu, sebelum diangkut menggunakan trak ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

Beberapa wanita, dipercayai pekerja pejabat guaman itu pula dilihat tergesa-gesa meninggalkan kawasan berkenaan sebaik sahaja menyedari lensa jurukamera ditalakan ke arah mereka.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10