PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kaum Cina di negara ini tidak wajar digelar atau dilihat sebagai kaum pendatang kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia yang begitu setia kepada negara.
Malah kata Perdana Menteri lagi, kaum itu telah menunjukkan kesetian kepada negara sejak tiga hingga lima generasi sebelum ini dan adalah tidak wajar kesetiaan mereka dipertikaikan.
Najib berkata demikian dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA ke 57 di Wisma MCA tadi.
Tentu semua bersetuju dengan saranan itu. Cuma untuk menjadi rakyat Malaysia, kesetiaan sahaja belum cukup kalau kita tidak fasih berbahasa Malaysia! Kita berharap sangat klise atau lelucon : "Wa tak tau Melayu (Bahasa Malaysia) masih ada di kalangan kaum itu kerana sebagai anak Malaysia, kita wajar fasih berbahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita".