nuffnang ads

Sunday, October 10, 2010

LAGI ANAK MELAYU KENA BUNUH

MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

SEORANG lagi anak Melayu dipercayai kena bunuh, ditemui di Taman Kajang Utama, Kajang awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Rashid Abdullah, 31, ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan tangan dikerat dipercayai menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Sakarudin Che Mood, mengesahkan kejadian dan motif pembunuhan lelaki itu sedang disiasat.

Mayat Rashid yang bekerja sebagai seorang penyelia di salah sebuah syarikat keselamatan ditemui orang awam dalam keadaan terbaring kira-kira jam 8.30 pagi.

Jenazahnya kini ditempatkan di bilik mayat Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedahsiasat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pembunuhan ini, diminta menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi Rakan Cop menerusi talian 03-21159999.

BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10