nuffnang ads

Sunday, October 10, 2010

GALAS TETAP MILIK PAS

APA pun usaha dilakukan, kecuali taktik paling kotor dan licik, DUN Galas yang akan menyaksikan usaha Barisan Nasional merampas kerusi itu dari PAS, tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kecuali hanya menambahkan luka BN dengan satu lagi kekalahan.

Berdasarkan senario semasa politik, rakyat telah lekat hatinya kepada pembangkang dan walaupun majoriti lebih 600 dijadikan harapan untuk BN kembali mendapat kerusi itu, ia tidak lebih sekadar impian.

Lebih 1,000 pengundi DUN itu yang berada di luar Kelantan tidak mungkin pulang sepenuhnya. Paling tinggi yang akan pulang mengundi hanyalah 30 peratus daripada jumlah itu. Sementara undi kaum Cina dan Orang Asli pula semakin rumit untuk disimpulkan sebagai undi BN.

Suasana "Selangor" seperti berlaku pada 2008 masih belum pulih, walaupun Tengku Razaleigh diberi tugas mengemudi jentera pilihanraya BN kali ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10