nuffnang ads

Saturday, October 9, 2010

INDIA HANTAR ANJING SEBAGAI PESERTA BERLUMBA 400 METER SUKAN KOMANWEL

DULU kecoh satu laluan untuk kegunaan atlet dan pegawai sukan roboh dan runtuh. Kemudian kisah kondom menyekat saluran air. Kemudian kisah ular tedung ditemui di bilik atlet. Kemudian cerita demam denggi menyerang pegawai sukan. Kemudian kisah berpuluh perenang demam kerana air kolam dikatakan kotor dan tercemar.

Namun India tidak pernah belajar daripada kesilapan ketika menganjurkan Sukan Komanwel kali ini. Satu lagi masalah timbul di trek olahraga ketika acara 400 meter wanita baru sahaja mahu bermula. India membiarkan seekor anjing liar memasuki trek dan mundar-mandir di garisan perlumbaan!

Sudahlah begitu, tiada sesiapa pun mengambil inisiatif untuk mengusir anjing berkenaan yang dikatakan telah dua hari dilihat berkeliaran di dalam stadium menempatkan trek perlumbaan olahraga itu.

Lensa jurugambar AFP sempat merakamkan 'pelumba haram' yang berkeliaran sebelum dihalau oleh beberapa pegawai sukan negara yang menyertai sukan berprestij tinggi itu. India...India...kalau rasa tak mampu nak anjurkan sukan, janganlah berlagak macam bagus!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10