![]() |
| Pasangan di pantai Terengganu ini pula, bila nak berkahwin? Tak kan asyik bersunyi-sunyian, berdua-duaan sahaja. |
![]() |
| Kat dan David dari Sydney, antara yang akan melangsungkan perkahwinan esok |
SAMA ada betul atau tidak, seorang pegawai di pejabat perkahwinan Australia meramalkan tidak kurang 150,000 pasangan akan berkahwin di seluruh dunia esok (10.10.10)
Di negara kita, antara pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan sempena tarikh menarik (bukan bertuah), 10.10.2010 ialah angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan bakal isterinya Dr Halina.
Jumlah pasangan yang dijangka berkahwin pada hari esok, bagaimanapun sukar diperolehi.
Namun di Singapura, akhbar Berita Harian melaporkan sebanyak 78 pasangan Islam telah mendaftarkan diri untuk bernikah esok, kesemuanya dikatakan memilih kerana meraikan hari berbahagia itu sempena tarikh yang amat unik. Angka pasangan bukan Islam yang berkahwin esok pula dikatakan boleh mencecah sehingga 1,000 pasangan.
Namun di China, media negara itu melaporkan di daerah Haidian sahaja, 1,200 pasangan sudah pasti berkahwin esok berdasarkan jumlah tempahan yang didaftarkan pejabat perkahwinan. Sementara di daerah Tianjing, kawasan berkepadatan penduduk 12 juta orang, sebanyak 5,000 pasangan turut memilih esok sebagai hari bersejarah dalam kehidupan mereka.
Antara pasangan di Australia yang pastinya berdebar-debar menunggu esok untuk berkahwin ialah Kat Chong dan David Tran, pasangan kekasih yang tinggal di Sydney.
Menurut laporan akhbar The Age, pasangan itu sengaja memilih hari berkenaan kerana berpendapat peluang mereka untuk berbahagia dalam perkahwinan amat besar jika upacaranya dilakukan esok.
Itu cerita perkahwinan yang dijangka akan menjadi antara majlis meriah di merata dunia esok. Bagaimana pula pasangan yang akan bercerai pada esok hari? Adakah mereka berpendapat sebaliknya, iaitu tarikh 10.10.10. tidak mendatangkan tuah. Sebaliknya hanya mendatangkan bala!

