nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

HULU KLANG: REMAJA PEREMPUAN BERKULIT SAWO MATANG DIBUNUH, MAYATNYA DIISI DALAM BEG

MAYAT SEORANG remaja perempuan berkulit sawo matang, bertubuh sederhana, rambut lurus ke bahu dan memakai gaun berwarna biru paras lutut, ditemui di dalam sebuah beg pakaian, dipercayai dibunuh sebelum dibuang di semak berdekatan bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3.30 petang tadi.

Mayat itu dijumpai oleh seorang pekerja bengkel yang musykil melihat beg berkenaan. Selepas diperiksa dia terlihat mayat seorang remaja perempuan dalam keadaan berlipat.

Ketua Polis Darah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata remaja berkenaan dipercayai baru dibunuh berdasarkan tiada bau dan dia juga tidak diikat. Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di tempat ia ditemui.

Turut ditemui dalam beg pakaian besar itu ialah beberapa helai pakaian dan tuala mandi dipercayai milik mangsa.

Menurut Abdul Jalil, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu beliau merayu orang yang yang kehilangan saudara mara menghubungi balai polis terdekat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10