nuffnang ads

Thursday, October 14, 2010

HARGA GETAH NAIK RM11.90 SEKILOGRAM HARI INI: KES CURI GETAH BEKU DIJANGKA NAIK BERGANDA!!

KECURIAN getah beku terutama di ladang atau kawasan tanaman getah yang tidak dikawal di negara ini dijangka meningkat berkali ganda mulai esok.

Sehubungan itu, pemilik ladang getah dinasihatkan berwaspada dan meningkatkan kawalan berikutan harga getah mulai hari ini telah naik ke paras RM11.90 sekilogram, satu kenaikan harga tertinggi dalam tempoh 57 tahun.

Hari ini sahaja tiga warga asing di sebuah kampung di Klang, ditemui merayu beberapa penduduk yang mempunyai kebun getah menawarkan khidmat menoreh dengan kadar 'bahagi dua' - iaitu pembahagian keuntungan sama rata, ekoran kenaikan harga yang melambung begitu tinggi.

Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik, mengakui kenaikan harga yang berlaku pada hari ini adalah yang tertinggi sejak 57 tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan kenaikan harga ini pekebun kecil yang biasanya memperolehi pendapatan RM1,000 akan mendapat pulangan sekali ganda. Pada masa yang sama pengeluaran getah juga dijangka meningkat di negara ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10