nuffnang ads

Thursday, October 14, 2010

SUMBATKAN ISA LANGKAH BETUL DAN TERPUJI!

RASIONAL kenapa pegawai imigresen yang ditahan perlu disumbat ke dalam ISA adalah:

1.Trend kemasukan warga Afrika yang dikenali amat cenderung mengedar dadah seperti tiada surutnya
2.Trend kemasukan warga India, terutama dari Mumbai yang menggunakan pelbagai kaedah menyeludup ketamin juga seperti tidak ada hentinya.
3.Rakyat tertanya-tanya, adakah kita sedang tinggal di Malaysia atau di negara asing
4.Begitu juga kemasukan berulang warga asing. Terdapat warga asing yang dihantar pulang boleh muncul semula
5.Hubungan erat dengan ketua penyeludupan manusia dari negara luar amat berbahaya di segi keselamatan. Ini kerana manusia/warga asing yang dimasukkan ke negara ini tidak diketahui latar belakangnya. Mungkin mereka penjenayah, perisik dan individu yang berniat jahat
6.Tindakan ini jika tidak dilakukan akan menyebabkan negara menjadi huru-hara terutama apabila melihat kecenderungan warga asing melakukan jenayah. Mereka sanggup menjadi pembunuh upahan atau perompak profesional. Apabila usai menjalankan tugas mereka akan kembali semula ke negara asal.
7.Kita tidak mahu gaji yang dibayar menggunakan wang rakyat, digunakan pula oleh pegawai kerajaan untuk membina empayar mencari kekayaan dengan cara keji dengan menggunakan kedudukan dan jawatan yang diberi.

Ketika hanya baru segelintir yang berjaya ditahan, gerakan menangkap yang masih bebas mesti diteruskan. Sumbatkan mereka ke dalam supaya mereka tahu bahawa langit itu tidak rendah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10