DUA lelaki dijangka didakwa esok (Jumaat) di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga lelaki lain, sama seperti dakwaan yang dikenakan ke atas empat tertuduh yang telah didakwa di mahkamah itu semalam.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu kini masih ditahan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Empat yang dituduh semalam ialah peguam N Pathmanabhan, 41, pekerja ladang, T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30.
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Sosilawati dan tiga yang lain di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Kuala Langat di antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.
Mesej orang ramai ialah diharapkan pelaku pembunuhan kejam itu tidak akan terlepas.