SEBELUM esok menjelang elok dicatatkan di sini, bahawa akan ada pihak yang pasti menolak dan memperlekeh cerita dua bomoh menangkap sembilan jin di rumah Siti Balqis, gadis 27 tahun yang selama ini sering menerima gangguan pelik, di Terengganu.
Akan adalah laporan akhbar yang memetik kata-kata orang tertentu kononnya jin tidak boleh ditangkap dan apa yang dilakukan oleh kedua-dua bomoh itu adalah satu perbuatan tidak masuk akal.
Hari ini pun, selepas berita 'kejayaan' dua bomoh itu disiarkan media, sudah ada suara memberitahu konon berita tangkapan jin yang dimasukkan ke dalam botol itu hanyalah gimik dan orang ramai disarankan supaya tidak percaya.
Kalau anda tidak percaya, tunggulah esok lusa. Akan ada penafian mengenainya. Sekadar memberitahu.