nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

MARISOL VALLES, 20 TAHUN, KETUA POLIS WANITA TERMUDA DI WILAYAH PENUH SENGKETA DADAH

Sidang akhbar pertamanya. Marisol nampak tegas tapi masih ayu pada usia 20 tahun sebagai ketua polis bandar Praxidue Guadalupe Guerrero, Mexico

MARISEL VALLES, 20, adalah ikon yang menepati pepatah, tangan wanita yang lembut itu kadang-kala boleh menggoncang dunia.

Selepas tiada mana-mana lelaki bersedia untuk menjadi Ketua Polis di bandar Praxedis Guadalupe Guerrero, Mexico, ibu muda mempunyai anak lelaki yang masih kecil dan masih menuntut ini, menerima cabaran. Dia menggalas beban yang takut dipikul oleh kaum lelaki untuk mengetuai pasukan polis di wilayah penuh sengketa dadah terbesar di Mexico itu.

Marisol Valles...Ketua Polis wanita termuda
Marisol yang masih menuntut di dalam bidang Kriminologi, adalah ketua polis termuda di dunia. Kini dia mengetuai sepasukan polis di bandar bersempadan Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk seramai 10,000 orang itu.

Dalam sidang akhbar pertamanya, Marisel memberitahu media, dia tidak gentar atau bimbang untuk berdepan dengan ancaman pengedar dadah di bandar itu.

Katanya, demi pentingnya usaha untuk membanteras dadah yang menjadi sebahagian daripada komoditi haram di Mexico yang sering juga mencetuskan pertumpahan dadah, dia bersedia memikul beban galas yang amat berat itu. Beban dan tanggungjawab yang tidak berani dipikul oleh kaum lelaki!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10