nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

CARILAH SITI SAKINAH: DIA MASIH HILANG

BAKAL pengantin di Kampung Baru Cheneh, Rozaliya Mat Lazim telah pasti tidak akan bernikah dengan Mohd Helmi apabila pertunangan mereka telah diputuskan semalam.

Kini masih ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula nasib Siti Sakinah yang hilang dari rumahnya di Pokok Sena, Kedah.

Harap-harap kita tidak melupakan usaha untuk membantu keluarganya atau pun pihak berkuasa. Maklumat mengenai kehilangan Siti Sakinah amat diperlukan, apatah lagi dia dikatakan tidak menghadapi masalah dengan keluarga tunangnya.

Barangkali kehilangan Siti Sakinah, seorang kerani di sebuah syarikat kuari adalah kehilangan yang 'tulen' memerlukan bantuan kita,

Dia dijangka melangsungkan perkahwinannya pada 20 November depan. Semoga dia berjaya ditemui dan sebar-sebarkanlah maklumat mengenainya sebagai tanda kita prihatin.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10