nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

ANAK SOSILAWATI BUAT SILAP

BANYAK pihak menyifatkan kejutan yang dibuat oleh Erni Dekritawati, menyerahkan borang pendaftaran sebagai ahli puteri Umno semalam, sebagai satu kesilapan amat besar dilakukan ketika dia masih belum mengetahui banyak tentang pelbagai lagi kejutan yang akan berlaku selepas ini.

Kata orang, sebagai ahli perniagaan yang baru sahaja memulakan langkah untuk meneruskan legasi perniagaan arwah ibunya, Erni tidak boleh terlalu cepat 'membuka kad' dengan mengistyiharkan politik mana yang patut dimasukinya.

Dinasihatkan orang juga bahawa memasuki politik secara terang-terang, adalah satu langkah silap kerana masih banyak keutamaan lain yang perlu diberikan perhatian oleh Erni, seperti memberi jiwa dan roh semula kepada semua pengedar dan pengguna kosmetik yang masih terkedu dengan pemergian Sosilawati.

Erni masih muda dan barangkali belum melihat sepak terajang dunia politik, apatah lagi apabila dia dengan mudah menerima tanggungajwab menganggotai satu biro di dalam puteri Umno. Dalam keadaan kewangan syarikat yang masih terhad akibat akaun dibekukan,  Erni sewajarnya tidak membiarkan fikirannya yang masih rungsing dengan kematian ibu tersayang terbeban lagi dengan soal politik. Terutama politik Umno sejak kebelakangan ini yang dilihat dalam kecelaruan.

Perkara paling besar yang mesti difahami oleh Erni ialah tidak semua pengguna atau pengedar barangan syarikatnya adalah ahli Umno! Ini penting dan teramat penting kerana sekali seseorang ahli perniagaan itu membuka kad tentang politik dirinya, ia akan menjejaskan perniagaan untuk jangka panjang.

Sepatutnya Erni mengambil sikap berdiri di tengah-tengah. Sebagai ahli perniagaan, apatah lagi masih muda untuk mengendalikan sebuah syarikat yang mempunyai masa depan, Erni seharusnya faham keadaan ini. 

Apa pun, Erni telah membuat pilihan sendiri.  Cuma kita masih teringat kata-katanya yang hanya mahu menumpukan perhatian meneruskan legasi perniagaan ibunya. Dan bila dia menceburi politik dalam keadaan dan masa yang belum begitu kondusif ini, orang lain hanya boleh menggelengkan kepala!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10