BLOG Mazidul Akmal Sidik penuh dengan cerita tentang seorang rapper, Namewee, yang mengaku anak Malaysia tapi tak fasih berbahasa Malaysia, mahu mengadakan konsert di Stulang, Johor. Siap naikkan bannner, mak datuk besarnya, tapi dalam bahasa yang orang kita tidak faham!
Banyak gambar dirakamkan Mazidul dan wakil media selatan tanah air. Apalah lagi yang mahu ditunjukkan oleh Namewee dan pihak tertentu yang tak reti bahasa itu. Sudahlah dulu menghina TNB, menghina lagu negaraku, menghina pengetua Melayu dan menghina orang Melayu. Sudahlah membuat pelancaran album lagu-lagu yang hancing itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kini nampak pula mahu menunjukkan sesuatu. Memasang banner dalam bahasa bukan Bahasa Malaysia. Nampaknya ada unsur tidak reti dan sengaja tidak mahu reti serta tidak mahu jeran dalam kepala otak budak berhidung dempak macam ikan tamuk ini.
Apakah ini kerana dia melihat undang-undang terlalu longgar sehingga berani mahu menjayakan konsert yang tentulah akan dilihat dari sisi negatif oleh orang-orang yang cepat emosinya boleh terbakar nanti! Nampak benar budak berhingus ini yang tak pernah faham kemarahan orang yang belum padam. Dan pihak yang bersengkongkol dengan budak yang tak reti mengeja nama Siti Nurhaliza ini sepatutnya menasihatkan supaya dia duduk dalam kawasan gencatan atau zon bertenang, sementara isu perkauman yang dibangkitkannya masih belum padam.
Apakah pepatah menjolok sarang tebuan tidak bermakna lagi pada hari ini?
Yo yo budak kecil namanya bangang. Yo Yo, kenapa tak faham kenapa tak reti. Yo Yo cuba belajar hormatkan orang. Yo Yo bukan dengan bermain api. Yo Yo..Yo Yo..